Wednesday, December 21, 2011

Perkembangan Projek

Assalamualaikum,

Setelah beberapa minggu menulis kod-kod html, javascript dan php, boleh dikatakan projek baru mencecah 60% siap. Walaubagaimanapun, setelah sampai tarikh pembentangan laman web dikekalkan pada tahap 99% siap kerana tidak semua laman web sempurna, pasti ada terdapat lubang-lubang sekuriti yang boleh ditembusi.

Jika ingin dikatakan mengenai sistem yang telah siap separuh, setakat ini sistem pengubahan profil bagi Webmaster telah hampir 100% siap, bahagian-bahagian Info, Program, Penerbitan masih lagi dalam pembikinan oleh rakan-rakan sekumpulan. Satu demi satu masalah yang dihadapi dalam kod php diselesaikan dan akhirnya sistem pengubahan profil hampir siap.

Projek ini dijangka akan siap menjelang Isnin, 26 Disember sebelum pembentangan pada Rabu, 28 Disember.

Monday, October 17, 2011

Javascript

Minggu lepas, sudah masuk tajuk Javascript yang boleh dikatakan agak seronok. Ada syntax-syntax yang dah tahu, ada juga yang baru tahu. Dalam lab juga ada diperkenalkan dengan jQuery. Sekali sahaja rasanya pernah gunakan jQuery untuk blog. Sebab masa tu masih samar-samar lagi Javascript ni, hanya tumpuan kepada C++/C sahaja.

Tapi hujung minggu baru-baru ni, banyak juga coding untuk Javascript. Ada belajar sikit-sikit mengenai, let. Javascript lebih kurang sahaja dengan C++ secara amnya. Ada juga sedikit perbezaan.

contoh penggunaan Javascript. window.alert("");
Banyak juga penggunaan Javascript ni. Sebagai contoh untuk membangunkan Laman Web dan lain-lain. Extension untuk pengguna Linux yang menggunakan paparan desktop GNOME 3 juga dibangunkan menggunakan Javascript. 

Lain-lain syntax akan belajar hari isnin ni (17/10), banyak juga yang belajar.

Terima kasih

Sunday, October 9, 2011

XHTML & CSS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekarang rasanya da masuk minggu ke 5 pengajian di UKM. Bagi subjek Pengaturcaraan Web, 2 minggu lepas pengajaran berkisar mengenai XHTML dan minggu lepas berkisar tentang Cascading Style Sheets (CSS).

Bermula dengan XHTML, pelbagai tags telah dipelajari seperti tags html, head, body. Juga penstrukturan dalam div, p, span, table. Disamping tags untuk dekorasi teks i, b, strong, em dan sebagainya.

Bagi CSS pula banyak yang perlu dipelajari untuk dekorasi web kita. Sebagai contoh background, z-index, font, text-decoration dan lain-lain. Penggunaan ini penting bagi menjadikan laman sesawang lebih menarik.

Klik gambar untuk besar

Penggunaan CSS dalam html boleh dibuat melalui 3 cara. Cara yang selalu digunakan ialah membuat fail yang berbeza dengan fail html asal bagi memudahkan penggunaan fail css tersebut pada laman muka yang lain. Tag link digunakan untuk menghubungkan fail css dan html yang berasingan.

Penggunaan fail css dan html secara berasingan adalah lebih praktikal dan memudahkan pembangunan laman web.

Terima Kasih

Saturday, September 24, 2011

Memori-memori Web

Memandangkan Blog ini digunakan untuk Pengaturcaraan Web, boleh juga digunakan untuk letak memori-memori lama laman web yang dibuat. :)

klik gambar untuk besar

Laman web ini rasanya dilepaskan sekejap sahaja. Tahun 2009. Tak ingat berapa lama guna.

2008

2009

2007

2007 

2008 

2007

2006

yang ni mmg memori. 2005

Banyak laman web yang direka dan dikod tapi tak guna sangat. Seperti blog yang ada sekarang. Ini dia laman web sekarang yang sudah lama tak guna. :D

Sekian, tu je. Ada lagi tapi tak jumpa fail-fail yang disimpan. Terlalu banyak. Terima Kasih :)


Wednesday, September 21, 2011

Makmal Pembangunan Web FTSM

Alhamdulillah, berjaya membuat blog menggunakan blogspot. Ini adalah entri yang pertama ditulis menggunakan komputer dimakmal Pembangunan Web untuk kursus TTTP2543.

Templat yang dipilih bernama 'Define' dari allblogtools.com yang berasaskan warna putih dan hitam. Warna yang dipilih agar tidak menyakitkan mata dengan warna yang begitu cerah seperti merah, oren, hijau, kuning dan sebagainya.

Gadget-gadget masih lagi dalam proses. Jika dapat dilihat disebelah kanan terdapat butang-butang yang membolehkan pengguna berkongsi blog dengan pengguna yang lain dengan hanya menekan butang-butang tersebut. Antara butang-butang yang disertakan adalah butang untuk berkongsi dilaman web Digg, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Gadget yang ditambah selepas menukar templat adalah gadget followers. Sebelum menggunakan templat Define, templat lain telah dicuba tetapi terdapat maslah dalam menambah gadget follower. Gadget follower tidak terpapar. Jadi templat Define dipilih.

Mungkin dalam fasa-fasa pembangunan web, terdapat penambahan gadget-gadget yang lain sebagai penambahbaikan blog ini.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons