Alhamdulillah, berjaya membuat blog menggunakan blogspot. Ini adalah entri yang pertama ditulis menggunakan komputer dimakmal Pembangunan Web untuk kursus TTTP2543.
Templat yang dipilih bernama 'Define' dari allblogtools.com yang berasaskan warna putih dan hitam. Warna yang dipilih agar tidak menyakitkan mata dengan warna yang begitu cerah seperti merah, oren, hijau, kuning dan sebagainya.
Gadget-gadget masih lagi dalam proses. Jika dapat dilihat disebelah kanan terdapat butang-butang yang membolehkan pengguna berkongsi blog dengan pengguna yang lain dengan hanya menekan butang-butang tersebut. Antara butang-butang yang disertakan adalah butang untuk berkongsi dilaman web Digg, Facebook, Twitter dan sebagainya.
Gadget yang ditambah selepas menukar templat adalah gadget followers. Sebelum menggunakan templat Define, templat lain telah dicuba tetapi terdapat maslah dalam menambah gadget follower. Gadget follower tidak terpapar. Jadi templat Define dipilih.
Mungkin dalam fasa-fasa pembangunan web, terdapat penambahan gadget-gadget yang lain sebagai penambahbaikan blog ini.
11:13 AM
MohdHakim


1 comments:
bgus,,tugasan dah siap
Post a Comment