Sunday, October 9, 2011

XHTML & CSS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekarang rasanya da masuk minggu ke 5 pengajian di UKM. Bagi subjek Pengaturcaraan Web, 2 minggu lepas pengajaran berkisar mengenai XHTML dan minggu lepas berkisar tentang Cascading Style Sheets (CSS).

Bermula dengan XHTML, pelbagai tags telah dipelajari seperti tags html, head, body. Juga penstrukturan dalam div, p, span, table. Disamping tags untuk dekorasi teks i, b, strong, em dan sebagainya.

Bagi CSS pula banyak yang perlu dipelajari untuk dekorasi web kita. Sebagai contoh background, z-index, font, text-decoration dan lain-lain. Penggunaan ini penting bagi menjadikan laman sesawang lebih menarik.

Klik gambar untuk besar

Penggunaan CSS dalam html boleh dibuat melalui 3 cara. Cara yang selalu digunakan ialah membuat fail yang berbeza dengan fail html asal bagi memudahkan penggunaan fail css tersebut pada laman muka yang lain. Tag link digunakan untuk menghubungkan fail css dan html yang berasingan.

Penggunaan fail css dan html secara berasingan adalah lebih praktikal dan memudahkan pembangunan laman web.

Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons